Klik untuk kembali ke laman utama
Lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila pada lambang ini. Lingkaran tali membawa maksud ‘persaudaraan Pengakap seluruh dunia.’
Di dalam lingkaran tali itu pula terdapat tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap.
Pada kelopak kiri dan kanan, terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu. Simbol ini membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap
Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali. Ikatan tersebut membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia
Warna ungu yang digunakan ialah warna Biro Pengakap Sedunia
Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan
3 Kelopak membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu;
Taat kepada Tuhan, Raja, dan Negara.
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap
2 Bintang Hijau Pecah 5 mewakili 10 undang-undang pengakap.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”.
Bintang pecah 14 pula melambangkan 14 negeri yang terdapat dalam Malaysia.
Bulan Sabit menandakan Agama Rasmi Negara iaitu Agama Islam.